Mersing daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak 2,912

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 25 Jan 2023 05:30:18

JUMLAH mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 2,912 orang setakat jam 12 tengah malam ini berbanding 1,703 yang direkodkan pada jam 8 malam tadi dengan Mersing menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan malam ini memaklumkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan PPS 30 di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat.

“Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 1,392 orang daripada 393 keluarga ditempatkan di 13 PPS diikuti Kluang dengan 785 orang daripada 223 keluarga ditempatkan di sembilan PPS,” menurut kenyataan itu.

Di Kota Tinggi, JPBN memaklumkan seramai 471 orang daripada 120 keluarga ditempatkan di enam PPS manakala di daerah Mersing terdapat dua PPS yang menempatkan 264 penduduk daripada 97 keluarga.

Kenyataan itu memaklumkan selain tiga laluan di Kota Tinggi, Jalan Senai-Gemas (FT001) dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, kedua-duanya di Segamat, turut ditutup kepada semua kenderaan.

Data Jabatan Pengairan dan Saliran pula menunjukkan empat sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.12 meter, Sungai Lenik (Ladang Chaah) 7.34m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) 37.9m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) 15.11m. – Bernama, 25 Januari, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts