by Oh! Semput
Micron bersetuju memberikan bonus kepada pekerja mereka Taiwan selepas syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa dipacu oleh permintaan tinggi untuk memori di seluruh dunia. Daripada 4300 pekerja barisan pengeluaran Micron di Taiwan, sekitar 700 menerima bonus luar biasa nilainya bersamaan 5 tahun gaji.

Pakej bonus terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bonus prestasi tahunan sekitar 7.5 hingga 12.5 bulan gaji, bonus pengeluaran besar-besaran bersamaan 20% daripada gaji tahunan dan bonus penghargaan sekali bayar sebanyak NT$1 juta (~RM 125,000) diselaraskan mengikut tempoh perkhidmatan pekerja.
Micron turut mengumumkan bonus keuntungan suku tahunan bermula Januari 2027. Pembayaran akan dibuat dalam bentuk 50% tunai dan 50% saham, dengan pembayaran pertama diberikan sepenuhnya dalam bentuk tunai.
Walaupun bonus yang diumumkan sangat besar, kesatuan sekerja Micron di Taoyuan masih tidak berpuas hati. Mereka meminta mekanisme perkongsian keuntungan yang lebih telus dan jelas dengan sebahagian besar ahli kesatuan dilaporkan menolak tawaran syarikat.