Microsoft Defender Kini Ditawar Untuk Semua Platfom, Perlu Langgan Microsoft 365

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 19:00:16

Microsoft telah mengumumkan ciri keselamatan baharu mereka iaitu Microsoft Defender kini sudah mula ditawarkan untuk semua platfom iaitu sistem operasi Windows, macOS, peranti Android dan iOS.

Antara ciri keselamatan yang ada ditawarkan dalam Microsoft Defender adalah seperti sokongan notifikasi keselamatan dan menguruskan ciri keselamatan untuk semua platfom serentak dari serangan perisian hasad,

Untuk menggunakan Microsoft Defender, anda perlu melanggan terlebih Microsoft 365 dengan harga langganan bermula dari RM27.00/bulan.

Tetapi untuk langganan itu, anda akan mendapat perlindungan untuk sehingga 5 peranti, servis storan awan sebanyak 1TB, akses ciri-ciri utama Word, Excel, PowerPoint termasuklah akses secara offline dan banyak lagi.

Untuk info lebih lanjut, layariMicrosoft Security.

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts