Microsoft Hentikan Penggunaan Claude Code Untuk Pembangunnya, Paksa Beralih Ke GitHub Copilot

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 26 May 2026 11:00:22

Microsoft telah memutuskan untuk menghentikan penggunaan Claude Code (alat AI penulisan kod dari Anthropic) di kalangan pembangun produk terasnya.

Menurut laporan The Verge dan sumber dalaman, syarikat itu akan membatalkan kebanyakan lesen Claude Code bagi beribu-ribu jurutera, pereka dan pengurus dalam bahagian Experiences + Devices yang bertanggungjawab membangunkan Windows, Microsoft 365, Outlook, Teams dan Surface.

Jurutera diberi tempoh sehingga akhir Jun 2026 untuk beralih sepenuhnya ke GitHub Copilot CLI milik Microsoft sendiri.

Sebab utama keputusan ini adalah kos yang terlalu tinggi. Claude Code terlalu popular di kalangan jurutera Microsoft sehingga perbelanjaan token AI melonjak drastik.

Beberapa jurutera dilaporkan menggunakan kos sehingga beratus hingga ribuan ringgit sebulan setiap seorang. Situasi ini mirip dengan apa yang dialami Uber, di mana bajet AI untuk tahun 2026 sudah habis pada bulan April.

Walaupun Claude Code mendapat pujian tinggi kerana prestasinya, Microsoft memilih untuk mengutamakan alat dalaman sendiri bagi mengawal kos.

{suggest}

Microsoft Hentikan Penggunaan Claude Code Untuk Pembangunnya, Paksa Beralih Ke GitHub Copilot WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts