Microsoft Memaklumkan Mereka Sedang Menyiasat Isu Kemas Kini Windows 10 KB4556799

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 May 2020 08:01:11



Microsoft Memaklumkan Mereka Sedang Menyiasat Isu Kemas Kini Windows 10 KB4556799

Kemas kini tersebut didakwa menyebabkan banyak masalah kepada pengguna.

Microsoft pada pertengahan Mei lalu telah pun menawarkan kemas kini kumulatif KB4556799 kepada pengguna Windows 10 versi 1903 dan 1909.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas kemas kini itu ditawarkan, para pengguna melaporkan mereka berdepan dengan beberapa isu kritikal seperti isu pemasangan kemas kini, kestabilan sistem Windows, prestasi komputer dan banyak lagi.

Susulan daripada aduan para pengguna mereka, Microsoft pada hari ini telah respon dan memaklumkan bahawa mereka sedang memantau perkara tersebut.

We are actively engaged with customers who are reporting issues. To date, we have not seen widespread issues reflectedin telemetry, support data, or customer feedback channels. We continuously investigate all customer feedback and are closely monitoring this situation.” Microsoft.

Microsoft juga meminta para pengguna Windows 10 supaya melaporkan sebarang isu yang dihadapi kepada mereka menerusi Feedback Hub.

If you experience any issues, we’d like to know. Please provide feedback using the keyboard shortcut Windows + F or go to the Start menu and select Feedback Hub so that we can investigate.Microsoft.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...