Microsoft Memfailkan Paten Untuk Menggunakan Kapasiti Kad Grafik Komputer Pengguna Untuk Melatih AI

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 10 Nov 2026 07:00:48

Minggu lepas, Sam Altman, pengasas dan CEO OpenAI berkata bahawa komponen memori dalam komputer pengguna adalah satu pembaziran kerana ia bermakna bahawa komponen tersebut tidak dapat “dimanfaatkan sepenuhnya” walaupun untuk tujuan melatih dan membangunkan sistem AI sendiri kerana memori tersebut tidak digunakan sepanjang masa.

Terkini, Microsoft telah memfailkan paten untuk membenarkan syarikat tersebut menggunakan kapasiti kad grafik yang tidak digunakan oleh pengguna untuk melatih sistem AI mereka secara jarak jauh. Melalui proses latihan ini, pemilik komputer juga boleh diberikan ganjaran kredit ataupun kewangan setimpal dengan jumlah latihan yang dilakukan melalui komputer mereka.

Melihat kepada paten tersebut juga, Microsoft juga mengatakan bahawa ciri ini akan perlu dipilih sendiri oleh pengguna sebelum ia digunakan, dan tidak akan diaktifkan secara lalai.

Menariknya, pemfailan paten ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Menurut beberapa laporan dan juga dokumen pemfailan paten tersebut, ia telah difailkan oleh Microsoft sejak April 2025 tahun lepas apabila penggunaan teknologi AI mula meningkat secara mendadak.

Penggunaan kemampuan kad grafik untuk memproses data secara jarak jauh bukanlah suatu konsep yang baru. Perkhidmatan Folding@Home telah diperkenalkan sejak tahun 2000 oleh Stanford University untuk membantu memproses lipatan protein yang digunakan untuk mengetahui bagaimanakah untuk menangani penyakit-penyakit rumit menggunakan kuasa pemprosesan CPU dan kad grafik pada waktu tersebut.

Buat masa ini, Microsoft hanya memfailkan paten tersebut, dan tiada sebarang pengumuman telah dibuat untuk memperkenalkan ciri latihan AI ini melalui pembantu AI CoPilot mereka.

: VideoCardz

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts