Microsoft Menggesa Pengguna Windows 10 v1803 Menaik Taraf Kepada v1903

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Oct 2019 06:00:32



Reading Time: 1 minute

Sokongan terhadap Windows 10 v1803 akan ditamatkan pada November 2019.

Jika anda masih menggunakan Windows 10 versi 1803, anda kini akan mula menerima peringatan dari pihak Microsoft di bahagian Windows Update yang meminta supaya anda menaik taraf kepada Windows 10 versi 1903.

“You’re currently running a version of Windows that’s nearing the end of support. We recommend you update to the most recent version of Windows 10 now to get the latest features and security improvements.”

Ketika ini, versi Windows 10 terbaru adalah v1903 yang ditawarkan sebagai kemas kini pilihan kepada pengguna.

Sepertimana yang dimaklumkan oleh pihak Microsoft, Windows 10 versi 1803 yang dilepaskan pada April 2018 lalu akan ditamatkan sokongannya dalam bulan November 2019 nanti.

: Microsoft

Bermakna pengguna versi1803 tidak akan menerima lagi sebarang kemas kini daripada pihak Microsoft. Sekaligus akan menyebabkan mereka akan terdedah kepada serangan penggodam dan sistem komputer mereka mudah dijangkiti pelbagai perisian hasad pada masa akan datang.

Microsoft Menggesa Pengguna Windows 10 v1803 Menaik Taraf Kepada v1903 WISER.MY.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...