Microsoft Mula Menjual Pembesar Suara Pintar Alexa – Adakah Cortana Akan Dipinggirkan?

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 19 Nov 2018 05:02:38

Cortana adalah pembantu maya dari Microsoft. Ia adalah berasaskan permainan video Halo – di mana Cortana adalah pembantu maya Master Chief. Cortana mula popular pada peranti pintar Windows Phone yang kemudiannya mula hadir ke semua Windows 10. Tetapi, Cortana masih jauh ke belakang jika ingin dibandingkan dengan Alexa atau Google Assistant.

Baru-baru ini, Microsoft Store di Amerika Syarikat dan kedai atas talian mereka – Microsoft dilihat mula menjual pembesar suara pintar Amazon, Echo. Echo Dot baharu dan Echo dilihat kini boleh dibeli di Microsoft Store. Menurut Engadget, Microsoft bukan sahaja menjual pembesar suara Alexa ini – tetapi mereka turut menggalakkan pembelian ekosistem pintar Alexa. Jadi, apakah nasib Cortana? Bagaimana dengan masa depan Cortana ini?

Cortana AndroidIni mungkin boleh menjejaskan Microsoft untuk bahagian pembantu maya mereka. Ini kerana, Microsoft sebelum ini pernah memberitahu Cortana adalah pesaing kepada pembantu maya lain. Naib Presiden yang bertanggungjawab atas Cortana, Javier Soltero – dilaporkan akan meninggalkan Microsoft. Manakala, pasukan kecerdasan buatan Microsoft kini dipindahkan kepada pasukan Pengalaman dan Peranti Microsoft. Sehingga laporan lain dikeluarkan atau kenyataan jelas dari Microsoft diterbitkan – buat masa ini, Alexa adalah pembantu maya pilihan Microsoft.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts