Mikel Arteta: Hero Kita, Aubameyang Akan Kekal Di Emirates

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 12:03:56



Pengendali Arsenal, Mikel Arteta yakin kaptennya, Pierre-Emerick Aubameyang akan kekal di Arsenal selepas mereka berjaya menjuarai Piala FA, awal pagi tadi.

Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1 menerusi dua jaringan oleh Aubameyang. Ini merupakan kejuaraan ke-14 mereka selepas kali terakhir menjulangnya pada musim 2016//17 – tewaskan Chelsea juga dengan keputusan 2-1.

‘Saya mahu bina Arsenal di sekelilingnya’

“Dia tahu bagaimana pandangan saya terhadapnya. Saya mahu bina skuad Arsenal di sekelilingnya. Dan saya juga rasa dia mahu kekal [di Arsenal],” ungkap Arteta mengenai Aubameyang selepas aksi cemerlang pemain tersebut di pentas final.

Aubameyang meledak gol pada minit ke-28 dan ke-67 selepas ketinggalan satu gol hasil jaringan pemain tengah Chelsea, Christian Pulisic seawal minit ke-5.

“Kita hanya menanti ianya diselesaikan [kontrak]. Saya rasanya saat-saat seperti itu akan membantunya menyedari dan percaya kita berada di jalan yang betul dan dia merupakan sebahagian besar daripadanya,” ujar Arteta mengenai kaptennya itu lagi.

Arteta turut menambah dengan nada penuh keyakinan, “Dia sangat disenangi di kelab, jadi diharapkan dia akan kekal untuk bersama kita. Saya rasa dia akan kekal.”

Insiden trofi terjatuh

Kemenangan ke atas Chelsea bukan sahaja membantu mereka menjulang trofi pertama di bawah kendalian Arteta, tetapi mereka juga berjaya mengetuk masuk pintu ke saingan Eropah. “Ia ganjaran berganda buat kami,” tegas Arteta.

Bercakap mengenai insiden Aubameyang terlepas trofi tanpa sengaja ketika majlis penyampaian piala, Arteta berjenaka dengan mengatakan kaptennya itu memerlukan lebih lagi pengalaman itu dan berkata, “Kami akan buat dia biasa dengannya.”

Tambahnya lagi, “Perlawanan penting sebegini memerlukan saat hebat daripada pemain yang hebat. Dia telah melakukannya di separuh akhir dan kini sekali lagi melakukannya di pentas final dan itulah yang kita mahukan daripada para pemain.”

“Ada yang mempersoalkan kemampuannya dalam perlawanan-perlawanan penting dan dia adalah antara penyumbang kepada kejayaan membawa pulang trofi ini. Kami berbangga memiliki pemain sepertinya di dalam pasukan,” jelas Arteta.

‘Ia berbunyi seperti dia mahu keluar’

Arsenal memerlukan aura Aubameyang untuk menaikkan tahap mereka pada musim akan datang. Arteta telah berikan semula keyakinan kepadanya dan dengan kejayaan awal pagi tadi, seharusnya pemain berusia 31 tahun itu yakin untuk kekal.

Tetapi menurut Rio Ferdinand yang bercakap kepada BT Sport selepas mendengar temubual pemain tersebut selepas perlawanan, beliau merasakan yang Aubameyang seakan-akan memberi petanda itu merupakan penampilan terakhirnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...