MINDEF, ATM dan UiTM bekerjasama tingkat pengiktirafan kelayakan melalui kaedah WBL

by Oh! Semput


11
SHARES
143
VIEWS
Posted on 06 Aug 2024 14:00:55

Kementerian Pertahanan (MINDEF), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bekerjasama bagi meningkatkan pengiktirafan kelayakan melalui kaedah pembelajaran berasaskan kerja atau ‘work-based learning’ (WBL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya mensasarkan untuk mewujudkan satu ekosistem penilaian yang memberikan nilai tambah buat warga ATM dan awam MINDEF.

Kaedah WBL

Kaedah WBL

Artikel lain: MINDEF anjur Seminar Keselamatan Antarabangsa, bincang isu berkaitan landskap keselamatan negara & global

Menerusi inisiatif tersebut, ia dapat membantu individu terbabit menukarkan pengalaman, ilmu serta kemahiran kepada sijil, diploma atau ijazah dalam bidang yang bersesuaian, sekali gus membuka peluang serta laluan kerjaya terutama selepas persaraan.

“Sebagai contoh, selepas beberapa tahun berkhidmat sebagai pramusaji, seseorang anggota boleh dinilai dan dianugerahkan oleh pihak UiTM, Diploma Kulinari atau Pengurusan Hotel.
“Setakat ini MINDEF dan UiTM telah mengenal pasti beberapa program yang boleh ditawarkan, seterusnya menukarkan pengalaman mereka kepada kelayakan profesional, dikenali sebagai “Work-Based Award” (WBA),” katanya dalam satu hantaran di laman Instagram hari ini.

Kaedah WBL

alt

alt

Mohamed Khaled berkata demikian selepas mendengar pembentangan serta dapatan oleh UiTM dan delegasinya yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Sementara itu, beliau berkata buat masa ini, UiTM melaksanakan lima program sebagai permulaan dengan kadar segera dan sedang giat berusaha untuk memetakan program tambahan, seperti kejuruteraan.

alt

“Semoga usaha-usaha seperti ini akan menjadi “game-changer” baharu sekaligus memberikan nilai tambah yang bermakna kepada para perajurit kita yang telah banyak menyumbang dan berkorban kepada negara,” ujarnya.

Naib Presiden UMNO itu menjelaskan, MINDEF sentiasa mengalu-alukan kerjasama seperti itu melibatkan institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam negara.

Untuk makluman, program WBL yang diperkenalkan sejak tahun 2011 adalah kaedah pembelajaran berasaskan kerja yang melibatkan kerjasama antara institusi pendidikan dan pemain industri dengan menggunakan pendekatan gabungan pembelajaran akademik serta pengalaman sebenar di tempat kerja.

: Instagram @Khaled Nordin

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts