Baru 2 minggu bersalin diceraikan suami, wanita ‘tertekan’ cuba terjun bangunan

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 01 Aug 2021 07:01:02

Berpantang merupakan tempoh yang sukar bagi si ibu yang baru melahirkan anak memandangkan mereka mengalami perubahan emosi, fizikal dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi baru lahir.

Sokongan dari segi mental dan fizikal daripada suami amat diperlukan pada saat ini agar dapat membantu mereka mengharunginya dengan baik.

Namun begitu, berbeza pula dengan kisah seorang wanita ini yang mengalami gangguan emosi sehingga nekad untuk menamatkan nyawanya dengan cara terjun dari bangunan rumahnya.

alt

Mujurlah tindakannya ingin terjun bangunan itu sempat dihalang oleh jiran tetangga sebelum pihak bomba datang bagi menenangkan keadaan.

Advertisement

Apabila disiasat mengapa dia bertindak sedemikian, wanita itu bercerita dia dijatuhkan talak oleh suaminya sendiri biarpun baru sahaja melahirkan anak ketiga secara pembedahan caesarean pada 2 minggu lalu.

alt

Bukan setakat itu sahaja, si suami juga tergamak lari meninggalkannya dan membawa anak sulung mereka sambil menaiki kereta milik wanita itu.

Perkongsian video oleh pengguna TikTok @sufri_jamaluddin ini telah meraih perhatian ramai dan sehingga kini mencatat lebih 400,000 tontonan.

@sufri_jamaluddin

Na’uzu Billahhi Min Zalik

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts