2 minggu terakhir Sep kurang berhujan; suhu cecah sehingga 34°C

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 16 Sep 2020 17:00:47

KONGSI ARTIKEL

SINGAPURA: Cuaca kurang lembab diramalkan bagi separuh kedua September berbanding dua minggu pertama bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Rabu (16 Sep).

Cuaca panas juga diramalkan pada sebelah siang dan malam buat beberapa hari dengan suhu mencecah setinggi kira-kira 34 darjah Selsius pada sesetengah hari.

Sepanjang dua minggu berikutnya, keadaan hujan monsun diramal berterusan di khatulistiwa rantau Asia Tenggara.

Ini bermakna hujan sederhana hingga lebat berserta guruh boleh dijangkakan di beberapa bahagian negara ini antara lewat pagi hingga petang pada kebanyakan hari. Menurut MSS, keadaan cuaca itu mungkin berlarutan sampai ke malam untuk satu atau dua hari.

Bagi beberapa hari sebelah pagi juga, hujan berserta guruh dengan angin kencang diramalkan disebabkan oleh ribut dan angin kencang yang melanda Sumatera.

Secara keseluruhannya, bagaimanapun, hujan bagi dua minggu mendatang diramal lebih rendah berbanding sepanjang dua minggu lalu meskipun jumlah hujan keseluruhan di Singapura diramalkan melebihi purata di banyak kawasan negara ini.

Pada dua minggu pertama September, hujan mengakibatkan cuaca dingin pada sesetengah hari dengan suhu harian minimum dicatatkan serendah 21.8 darjah Selsius di Paya Lebar pada 15 September.

Bagi kebanyakan hari pada dua minggu seterusnya, suhu harian diramalkan antara 25 darjah Selsius hingga 33 darjah Selsius dengan suhu setinggi 34 darjah Selsius buat beberapa hari.

Sesetengah malam pula mungkin panas sedikit dengan suhu mencecah sekitar 28 darjah Selsius, menurut MSS. 

- CNA/FZ/fz

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts