Mingguan Amanz – Samsung Galaxy A80, MacBook Baru, Nintendo Switch Lite

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jul 2019 21:02:33



Minggu ini menyaksikan sejumlah produk baru diperkenalkan untuk pasaran tempatan, termasuk Samsung Galaxy A80 daripada Samsung yang menawarkan peranti dengan rekaan kamera boleh-putar secara mekanikal. Selain daripada itu, Samsung turut menawarkan sebuah tablet baru pada harga bermula RM599.

Selain Samsung, Vivo turut telah menawarkan beberapa peranti terbaru untuk pasaran tempatan, dan turut mengumumkan bakal memperkenalkan siri peranti Vivo S1 tidak lama lagi.

Apple turut tidak ketinggalan, dimana pada minggu ini mereka telah menamatkan penawaran Macbook 12 secara rasminya, selain turut mengemaskini penawaran MacBook Air dan MacBook Pro.

Dalam arena permainan, Nintendo kini hadir dengan variasi Switch pada harga lebih rendah, iaitu Switch Lite. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

GoCar pada minggu ini telah mengumumkan penawaran perkhidmatan langganan kereta, sekaligus memudahkan pengguna untuk melanggan sesuatu kenderaan untuk jangka masa lama.

Dan akhir sekali, pihak YTL kini telah memulakan ujian GigaWire yang membolehkan penawaran internet berkelajuan tinggi pada infrastruktur sedia ada.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...