Man Utd Minta €100 Juta Untuk Pogba

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Feb 2020 02:03:30



Tiada rahsia lagi Paul Pogba mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas akan datang. Manchester United turut tidak mempunyai masalah untuk pemain itu pergi dari Old Trafford.

Namun Manchester United dilaporkan mahukan bayaran sekitar €100 juta untuk mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu.

Juventus dikatakan serius untuk mendapatkan kembali pemain tengah itu, dan Pogba turut berada di dalam radar Real Madrid. Namun kedua-dua kelab menganggap nilai yang diletak United itu terlalu tinggi.

Pogba yakin perpindahan keluar dari Old Trafford adalah keputusan terbaik untuk semua pihak. Ejen beliau, Mino Raiola turut berkata pemain itu mahukan perpindahan kembali ke Juventus.

Masalahnya kini hubungan Raiola dan Manchester United sudah retak, tatkala ejen berbangsa Itali itu kini harus merayu untuk meyakinkan United merendahkan nilai Pogba – atas alasan Pogba hanya mempunyai baki setahun kontrak bersama United.

Raiola adalah individu bertanggungjawab menarik Pogba keluar secara percuma dari Old Trafford pada 2012, sebelum menjual pemain itu kembali ke kelab tersebut dengan nilai €110 juta.

“Pogba seperti berada di rumah sendiri di Itali. Itali ibarat rumah kedua atau keluarga [bagi Pogba]. Begitu juga dengan Zlatan Ibrahimovic. Itulah sebab mengapa Pogba mahu kembali ke Juventus,” kata Raiola.

Reports coming from Manchester that Paul Pogba has already told to his close friends: 'I will leave this club, I'll go where they love me.' [TuttoSport / Manchester evening news] pic.twitter.com/7JhlEIHkzp

— Forza Juventus (@ForzaJuveEN) February 6, 2020

“Tetapi kita hanya akan bercakap mengenai perkara ini selepas Euro 2020. Pogba sentiasa mahu bermain di tahap tertinggi, tetapi beliau tidak boleh meninggalkan Manchester United sekarang, tatkala kelab tersebut tidak berada pada waktu yang baik.”

Musim ini Pogba hanya beraksi sebanyak lapan perlawanan untuk United sebelum mengalami kecederaan. Namun pemai itu kini dikatakan semakin menghampiri tahap kecergasan yang diperlukan untuk kembali beraksi.

Manchester United pula pasti berharap mereka mampu layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang, dan berharap Pogba menampilkan aksi yang baik di Euro 2020, untuk layak menaikkan tuntutan.

Raiola dilaporkan mahu duduk berbincang dengan United untuk mendengar sebarang jenis tawaran lanjutan kontrak. Sebarang tawaran yang tidak memenuhi tuntutan, pasti akan menyebabkan Pogba memilih untuk pergi.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...