Minyak turun susulan peningkatan inventori AS

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 26 Oct 2017 02:01:22

TOKYO: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) meneruskan penurunan hari ini selepas data kerajaan menunjukkan peningkatan mengejutkan dalam inventori minyak mentah AS.

Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran Disember turun dua cent pada AS$52.16 satu tong pada 0107 GMT, selepas mengakhiri sesi sebelumnya dengan mencatat 29 cent lebih rendah, atau 0.6 peratus.

Di London, Brent bagi penghantaran Disember turun satu cent pada AS$58.43.

Ia ditutup 11 cent lebih tinggi semalam, disokong ulasan menteri tenaga Arab Saudi yang berkata negara itu bertekad mengnamatkan lebihan bekalan global yang berlanjutan selama tiga tahun itu.

Brent mencecah paras tertinggi harian AS$58.74 semalam, bergerak ke arah paras puncak 26 bulan lewat September.

Inventori AS menambah 856,000 tong minggu lalu, demikian menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga AS.

Penganalisis menjangka penyusutan 2.6 juta tong. - Reuters

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts