Mistral Menerima Pelaburan €3 Bilion Dalam Membangunkan Teknologi Kecerdasan Buatan – Diterajui Samsung

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 08 Sep 2026 07:01:00

Mistral, salah satu firma pembangunan model kecerdasan buatan berpusat di Eropah, kini menyatakan telah menerima suntikan dana pelaburan baharu berjumlah €3 bilion. Suntikan dana ini sekaligus menilaikan syarikat berkenaan pada nilai melangkaui €21 bilion.

Menerajui pelaburan ini adalah Samsung Electronics, dan turut disertai oleh beberapa pihak yang lain. Nilai khusus yang dilaburkan oleh Samsung tidak dinyatakan buat masa ini.

Dengan pelaburan ini, Mistral dijangka akan terus membangunkan model terbaru mereka yang lebih baik, selain membangunkan infrastruktur, produk selain terus memperkukuhkan model berdaulat mereka tersendiri.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts