DJI Umum Osmo Mobile 6 - Status Panel, 'Quick Launch' Dan Roda Di Bahagian Sisi Gimbal

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 22 Sep 2022 17:30:27

DJI hari ini mengumumkan Osmo Mobile 6 sebagai gimbal telefon pintar terbaharu jenama itu.

Sama seperti DJI OM 5 yang dilancarkan tahun lalu, ia merupakan gimbal boleh lipat yang lengkap dengan rod pemanjangan terbina. DJI memfokuskan kepada tiga ciri baharu pada Osmo Mobile 6. Antaranya adalah ciri Quick Launch, Status Panel serta Side Wheel.

{suggest}

Mengulas satu persatu, Quick Launch merupakan ciri baharu yang dikhususkan untuk iPhone. Melaluinya, ia membolehkan aplikasi DJI Mimo dilancarkan secara automatik, sebaik sahaja iPhone dilekatkan pada Osmo Mobile 6.

Bagi ciri kedua, panel status yang didatangkan secara terbina dengan ciri seperti paparan tahap bateri, penunjuk status sistem serta mod gimbal yang sedang digunakan. Antara mod gimbal yang tersedia adalah Follow, Tilt Locked, FPV dan SpinShot.

Di bahagian sisi gimbal terdapat roda yang dipanggil sebagai Side Wheel, di mana ia membolehkan pengguna mengawal fokus dan zum secara manual.

Antara lainnya adalah kapasiti bateri 1,000mAh dengan port pengecasan USB-C dengan ketahanan sehingga 6 jam 24 minit serta menyokong sambungan Bluetooth 5.1.

Untuk pasaran Malaysia, DJI Osmo Mobile 6 ditawarkan pada harga bermula RM759. Pembelian boleh dilakukan melalui Shopee, Lazada atau pengedar sah DJI. Maklumat lanjut mengenai Osmo Mobile 6 boleh diperoleh melalui pautan ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts