save 2.0

Cara Mohon Bantuan Warga Emas JPM 2021, Boleh Dapat RM500!

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Feb 2021 18:01:11



Bantuan untuk warga emas di Malaysa diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Bantuan Warga Emas RM 500 Sebulan

Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang digunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna. Namun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dilengkapkan untuk layak memohon bantuan ini.

Syarat-syarat Kelayakkan

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

1.Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2.Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

3.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa, atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

4.Warga emas yang bukan tinggal di:

i) Institusi kendalian JKM

ii) Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma. Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Memohon Bantuan Warga Emas

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

1.Layari laman web JKM atau klik di sini.

2.Klik pada butang ‘Daftar Permohonan’.

3.Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.

-Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’

-Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai diraktori pejabat boleh dirujuk di sini.

-Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

-Dokumen Yang Diperlukan

-Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

-Salinan kad pengenalan diri pemohon.

-Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.

-Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.

-Salinan penyata gaji (jika ada)

-Lain-lain dokumen yang berkaitan.

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News