“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Ibu Syamsul Minta Jangan Buat Spekulasi

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 25 Mar 2023 20:02:22

Perkongsian ibu pengarah sensasi Syamsul Yusof meraih perhatian ramai di Instagram selepas dia memuat naik gambar bersama suami dan memohon orang ramai agar tidak terus membuat spekulasi.

Menurut Datin Patimah Ismail, mereka mahu menantu kesayangan mereka, Puteri Sarah dan Syamsul untuk berdamai dengan bersyarat.

Advertisement

Bagaimanapun, jelasnya mereka sama sekali tidak menghalang keputusan Sarah jika dia enggan dan tetap dengan keputusannya untuk dilepaskan.

Jangan buat spekuasi. Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat tetapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.”

Bukan itu sahaja, isteri pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam itu juga ada memuat naik gambar Sarah menerusi Instagram story berserta ayat yang meruntun hati.

Katanya kepada Sarah, mereka sangat memahami penderitaan yang ditanggung olehnya dan tetap akan mendoakan kebahagian ibu kepada dua anak itu.

Sarah berhak membuat keputusan sendiri, harta paling berharga adalah Syaihul dan Sumayyah. Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti.”

Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan sekiranya Syamsul enggan melepaskannya dia akan menggunakan alternatif lain iaitu khidmat Hakam.

Yusof haslam nasihat
2 hari lalu

"Balik Jumpa, Peluk Dan Minta Maaf" - Hubungan Dengan Mentua 'Sana' Dah Erat, Yusof Haslam Nasihat Syamsul Pulih Hubungan Dengan Ibu

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Ibu Syamsul Minta Jangan Buat Spekulasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts