Hot FM mohon maaf, tiada niat mengaib dan menyinggungkan mana-mana pihak

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 19 Dec 2017 08:01:10


Pihak pengurusan radio Hot FM hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, susulan viral luahan kesal rakan kepada 'mangsa' Panggilan Hangit yang disiarkan pagi semalam. 

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui Facebook rasmi Hot FM berkata, pihak pengurusan radio itu memohon maaf kepada pendengar Hot FM yang terkesan. 

"Pihak pengurusan Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan Hangit tersebut. 

"Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggungkan mana-mana pihak terbabit. 

"Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami.

"Sekali lagi, Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah tersinggung mengenai isu ini," kata kenyataan itu. 


Terdahulu, Zairi Zainal melalui Facebooknya juga meminta kerjasama netizen berhenti mengecam stesen radio berkenaan kerana dia sudah memaafkan mereka secara peribadi. 

"Saya dengan rasa rendah diri ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berhenti mengecam radio Hot FM. Please, nanti saya akan buat penjelasan. Lagipun DJ di situ adalah kawan-kawan saya juga," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen menerima permohonan maaf Hot FM. Namun begitu, mereka turut menasihatkan agar Hot FM lebih berhati-hati dan tidak menyentuh isu/perkara yang sensitif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. 

Terdahulu Dzul Affandi Roslan, terkilan rakan yang dikenali sejak dari bangku sekolah itu menjadi mangsa Panggilan Hangit yang didakwa memberi harapan palsu. Katanya, dia sebak mendengar Zairi yang begitu teruja bila mendapat tahu ada syarikat yang bakal menajanya tetapi rupa-rupanya hanya gurauan semata-mata. 

BERITA BERKAITAN:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts