Monyet: Spesies, Ciri-ciri dan Kelakuan

by Oh! Semput


HOME Posted on 08 Apr 2021 16:00:09



Apakah spesies monyet dan ciri-ciri mereka? Artikel ini akan membincangkan spesies monyet, ciri-ciri mereka dan kelakuan monyet.

Pengenalan

Monyet adalah sejenis haiwan mamalia yang mempunyai kelebihan memanjat. Monyet mudah dijumpai di kawasan taman rekreasi, kebun, kampung dan juga hutan. Terdapat monyet yang hidup secara liar di kawasan-kawasan berkenaan dan terdapat juga monyet yang dibela oleh manusia untuk tujuan-tujuan tertentu seperti dijadikan haiwan peliharaan atau ditugaskan untuk memanjat pokok kelapa.

Spesies (Jenis dan Perbezaan)

Terdapat lebih 250 spesies monyet di dunia. Monyet-monyet ini dibahagikan kepada dua kumpulan; Monyet Dunia Baru dan Monyet Dunia Lama. Monyet Dunia Baru berasal dari Amerika Tengah dan Selatan manakala Monyet Dunia Lama berasal dari Asia dan Afrika.

Monyet Dunia Baru berasal dari lima keluarga yang berbeza (Callitrichidae, Cebidae, Aotidae, Pitheciidae, and Atelidae). Kebanyakannya adalah penghuni pokok dan contoh spesies bagi kumpulan ini adalah tamarina, capuchin, monyet tupai dan monyet howler.

Kumpulan Monyet Dunia Lama pula berasal dari keluarga Cercopithecidae. Kumpulan monyet ini banyak meluangkan masa di atas tanah namun ia juga boleh ditemui di kawasan hutan dan gunung. Contoh spesies bagi kumpulan ini adalah babun, nipis, colobus, mandrills, macaques.

Ciri-ciri

Monyet adalah haiwan primate. Sama seperti manusia, monyet memiliki sepasang tangan dan kaki beserta cap jari yang unik, bahu, pinggul dan otak. Seluruh badannya kecuali bahagian muka dan tangan ditutupi oleh bulu. Monyet memilik ekor yang panjang. Ekor tersebut memiliki banyak kegunaan, antaranya untuk keseimbangan, berpaut pada dahan pokok serta mencapai sesuatu objek.

Selain itu, monyet memiliki hidung yang agak rata dan saiz lubang hidung yang berbeza mengikut jenis spesies Monyet juga memiliki sepasang mata yang menghadap ke hadapan dan juga sepasang telinga. Sehubungan itu, monyet memiliki deria penglihatan, pendengaran dan bau yang baik di mana ia memberi kelebihan padanya untuk mengesan kehadiran musuh dan pemangsa. Monyet juga mempunyai gigi yang terdiri dari gigi seri, taring, premolar, dan molar. Selain mengumpul dan mengunyah makanan, gigi tersebut digunakan untuk mencari kutu (grooming), perubahan ekspresi wajah dan komunikasi lisan (vocalization).

Kelakukan

Tingkah laku makan

Pemakanan monyet berbeza mengikut jenis spesies. Terdapat spesies monyet yang mempunyai pemilihan makanan yang terhad (seperti seed predation, frugivory dan folivory). makanan utama bagi seed predation adalah biji benih tumbuh-tumbuhan, bagi frugivory pula adalah buah-buahan segar dan bagi folivory pula adalah daun-daun tumbuhan. Terdapat juga spesies monyet yang mempunyai kepelbagaian pilihan makanan seperti omnivore di mana ia memakan serangga dan haiwan tetrapod yang kecil. Dalam usaha mencari sumber makanan, monyet menggunakan tangannya sama ada untuk memanjat pokok, masuk ke dalam air dan menggali bagi mendapatkan makanan.

Kelakuan agonis

Monyet jantan menggunakan masa dan tenaga untuk menonjolkan perwatakan agonistik (agonistic display) seperti pergerakan pantas dan komunikasi lisan yang berulangan.

Menurut kajian, haiwan jantan yang melakukan aktiviti ini dengan tempoh masa yang panjang, kekerapan yang tinggi dan kerumitan yang tinggi, akan berjaya dalam pemilihan pasangan dan persaingan sesama haiwan jantan. Contoh perwatakan agonistik yang ditunjukkan oleh monyet adalah vocalizations, charging, branch-shaking, jump-display dan stiff-leg display.

Perwatakan tersebut dilakukan pada monyet jantan dan betina dengan tujuan yang berbeza. Terdapat monyet jantan yang ingin menunjukkan kekuatan mereka kepada monyet jantan yang lain dan terdapat juga monyet jantan yang ingin menarik perhatian monyet betina untuk berpasangan. Monyet jantan akan menonjolkan lebih banyak perwatakan agonistik terhadap monyet jantan yang lain apabila terdapat banyak monyet betina di situ.

Tingkah laku kemurungan

Tingkah laku kemurungan dalam kalangan monyet didapati berkait rapat dengan status sosial yang rendah. Monyet betina yang mempunyai sejarah kedudukan yang rendah dalam hierarki kumpulan mereka cenderung untuk mengalami kemurungan.

Kemurungan menjejaskan monyet dari segi kelakuan fizikal dan fisiologi. Monyet yang tertekan akan sering melakukan sentuhan fizikal di antara badan mereka dengan badan monyet yang lain. Monyet yang tertekan juga dilihat kurang aktif, kurang tempoh pergerakannya dan kerap bersandar berbanding dengan monyet lain yang sihat dan tidak tertekan.

Dari aspek fisiologi, monyet yang tertekan mengalami kemerosotan berat badan dan fungsi ovari. Kadar degupan jantung juga meningkat dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kemurungan dalam kalangan monyet berkemungkinan meningkatkan kadar kematian.

Rujukan

  1. Anapol, F., & Lee, S. (1994). Morphological adaptation to diet in platyrrhine primates. American Journal of Physical Anthropology, 94(2), 239-261.
  2. di Bitetti, M. S. (1997). Evidence for an important social role of allogrooming in a platyrrhine primate. Animal behaviour, 54(1), 199-211.
  3. Karyawati, A. T. (2012). Tinjauan umum tingkah laku makan pada hewan primata. Jurnal Penelitian Sains, 15(1).
  4. Monkey anatomy. Retrieved from monkeyworlds. 
  5. Monyet: spesies, ciri-ciri. Apa jenis monyet yang ada? Retrieved from agromassidayu.
  6. Teichroeb, J. A., & Sicotte, P. (2010). The function of male agonistic displays in ursine colobus monkeys (Colobus vellerosus): male competition, female mate choice or sexual coercion?. Ethology, 116(4), 366-380.
  7. Willard, S. L., & Shively, C. A. (2012). Modeling depression in adult female cynomolgus monkeys (Macaca fascicularis). American Journal of Primatology, 74(6), 528-542.
  8. Year of the monkey: old world monkey vs. New world monkey. Retrieved from Primates incorporated.

Monyet: Spesies, Ciri-ciri dan Kelakuan Root of Science.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News