MOSAR selamatkan pendaki wanita terseliuh

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 08:00:21

KOTA KINABALU: Seorang pendaki wanita yang terseliuh di bahagian kaki semasa dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Kinabalu diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7.37 pagi itu, mangsa terlebih dahulu diberi rawatan awal oleh seorang malim gunung dan seorang rakan mangsa yang sama-sama mendaki iaitu seorang doktor dan pakar fisioterapi.

Mangsa diusung ke Laban Rata menggunakan teknik ‘piggy back carry’ di kawasan batuan dan menggunakan ‘Neil Robertson Stretcher’ ke Laban Rata.

Tiba di Timpohon mangsa diserahkan kepada EMRS untuk dibawa ke hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan susulan. Operasi menyelamat dilakukan oleh anggota MOSAR. – Suara Masyarakat Sabah


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts