Mourinho Langsung Tidak Terkejut Manchester United Kalah Dengan Valencia

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 14 Dec 2018 04:05:54

Manchester United gagal mengambil kesempatan atas kekalahan Juventus – selepas turut tewas 2-1 kepada Valencia di Stadium Mestalla awal pagi semalam.

Valencia yang dalam pretasi terburuk dengan menduduki tangga ke-15 carta La Liga ketika ini. Skuad bimbingan Jose Mourinho berpeluang untuk muncul sebagai juara kumpulan – namun peluang tersebut gagal dimanfaatksn sebaiknya.

Mourinho tidak terkejut

Selepas tamat perlawanan, Mourinho tampil mempertahankan dirinya dalam sidang media dengan berkata kekalahan Manchester United kepada Valencia bukan perkara yang mengejutkan beliau.

Ini kerana beliau sedar akan kualiti pemain yang dipilih untuk berhadapan Valencia.

Ketika ditanya wartawan apa yang dipelajari oleh beliau dari kekalahan tersebut, Mourinho berkata:

VALENCIA, SPAIN – DECEMBER 12: Jose Mourinho Manager of Manchester United sits on the bench prior to the UEFA Champions League Group H match between Valencia and Manchester United at Estadio Mestalla on December 12, 2018 in Valencia, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

“Saya tidak belajar apa-apa dari perlawanan ini. Mungkin anda mempelajari sesuatu, tetapi saya tidak belajar apa-apa di sini.

“Apa yang berlaku tidak mengejutkan saya sama sekali. Sudah tentu saya tidak gembira [dengan kekalahan],” katanya.

Mourinho telah membuat beberapa perubahan utama dalam skuad bertemu Valencia. Antonio Valencia, Eric Bailly, Phil Jones, Paul Pogba, Sergio Romero dan Andreas Pereira telah disenaraikan untuk berada di dalam kesebelasan utama – turut bermakna enam pertukaran dilakukan dari kesebelasan utama yang menewaskan Fulham 4-1 pada hujung minggu sebelumnya.

Salah pemain 

Mourinho turut meluahkan perasaan kecewa dengan persembahan hambar yang ditampilkan oleh pasukannya – walaupun hakikatnya beberapa pemain yang diturunkan hanya tampil beberapa kali pada musim ini.

Phil Jones dan Segio Romero misalnya beraksi di perlawanan kompetitif pertama mereka pada musim ini untuk United.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Sebelum perlawanan itu saya beritahu pemain jika kita menang malam ini dan Juventus menang, kita sudah laksanakan tugas kita.

“Jika kita kalah dan Juventus juga kalah, jadi kita perlu salahkan diri sendiri,” katanya.

Kekalahan itu tidak mengubah kedudukan pasukan di Kumpulan H. Juventus muncul sebagai juara diikuti Manchester United sebagai tempat kedua. Kedua-duanya sudah mengesahkan kelayakkan ke psuingan kalah mati di perlawanan sebelumnya.

Namun Manchester United bakal berdepan tugas sukar kerana berpontesi untuk diundi bertemu Barcelona, ​​Borussia Dortmund, Paris Saint-Germain, Porto, Real Madrid atau Bayern Munich pada pusingan seterusnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts