Mourinho idam sehebat Ferguson

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 19 Jul 2017 22:01:03

Los Angeles: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan beliau menyasarkan untuk kekal selama 15 tahun di Old Trafford sambil menegaskan beliau mahu mengembalikan kestabilan era Alex Ferguson.

Mourinho, yang mengambil alih di kelab gergasi Liga Perdana itu tahun lalu, menyatakan beliau terdesak untuk meraih kejayaan berpanjangan dalam tempoh yang lama seperti dilakukan Ferguson dalam hampir tiga dekad.

United tidak menang kejuaraan Liga Perdana sejak persaraan Ferguson pada 2013 dan kelab itu bergelut untuk mengembalikan penguasaan di bawah kendalian David Moyes dan Louis van Gaal.

Mourinho tidak pernah menghabiskan masa lebih tiga tahun sebagai pengurus satu-satu kelab dalam karier gemilangnya yang dipenuhi dengan trofi.

Namun pengendali berusia 54 tahun itu, bercakap ketika pasukannya bersiap sedia menghadapi Manchester City di Houston awal pagi esok dalam aksi persahabatan terkini jelajah AS, menegaskan beliau melihat United sebagai satu projek jangka panjang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts