by Oh! Semput
Seperti dinantikan, kini Mozilla telah mula menawarkan kemaskini Firefox baharu, iaitu Firefox 157 yang hadir bersama rekaan yang dikemaskini. Untuk makluman, rekaan baharu ini telah diuji melalui Firefox Nightly sejak beberapa bulan lepas, dan kini akhirnya ditawarkan secara meluas kepada pengguna awam.

Mozilla mengatakan rekaan baharu ini memberikan pengalaman yang lebih moden, termasuk dari segi penggunaan ikon, tema pelayar web dan juga warna. Rekaan juga kini selari antara versi desktop dan juga aplikasi mudah-alih. Mozilla turut menyertakan mod kompak bersama-sama pengenalan rekaan baharu ini, memberikan anda lebih skrin untuk pelayaran web.
Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh mengemaskini kepada versi Firefox 157 yang telah ditawarkan sejak awal minggu ini, dan menikmati rekaan baharu yang dibawakan ini.