Ini cara DIY mudah dan jimat untuk hilangkan rasa melekit dan kotoran di lantai

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 21 Aug 2019 07:03:12

Pernah tak kalau korang berjalan atas lantai kat rumah, tetiba tapak kaki rasa melekit-lekit? Rimaskan? Tambah segan pula bila tetamu nak berkunjung ke rumah!

Bukan tuan rumah malas, tapi dah berkali-kali mop masih rasa melekit. Benda ni boleh menjadi punca stress sebenarnya! Yelah, dah lantai tak sedap nak dipijak, terpaksa fikir cara lain pulak untuk bersihkan

Jadi, kami nak ajar tips mudah untuk bersihkan lantai anda dengan cara DIY yang sangat simple. Jangan risau pasti jimat!

Air panas dan cuka adalah rahsia utama untuk pastikan lantai tidak melekit. Bancuhkan air panas bersama cuka, kemudian mop seperti biasa. Orang kata cuka ni juga boleh membunuh bakteria jugak. Ala-ala 2 in 1 lah.

alt

Siapa sangka cecair peluntur yang biasa digunakan untuk basuh baju ini boleh dijadikan bahan untuk bersihkan lantai?  Tambahkan sedikit cecair peluntur ni kedalam air bancuhan mop korang.

alt

Tapi ingat! ak jumlah yang sikit je sebab peluntur ni baunya agak kuat dan boleh memedihkan mata.

Pelembut pakaian juga sebenarnya digunakan untuk lantai berkilat macam cermin! Tambah pula, harum semerbak satu rumah bau pelembut pakaian.

alt

Boleh guna apa-apa sahaja jenama, mengikut cita rasa bau anda sendiri. Campur sedikit bersama bancuhan air bersih dan cuka.

Sifat baking soda adalah berasid. Jadi ia akan memudahkan ada untuk hilangkan kesan melekit dengan mudah!

Cuba tambahkan 1-2 sudu kecil baking soda ni ke dalam air bancuhan cucian lantai korang.

alt

Baking soda ni selalu je kan ada kat rumah? Yelah selalunya lebihan buat kek dan biskut hari raya lepas. Jadi jimat teruk!

Biasanya kalau mop lantai, akan biarkan terus sampai kering kan? Apa kata kalini cuba bilas sekali lagi lantai tersebut dengan menggunakan air kosong tanpa apa-apa pencuci.

Bak kata orang double cleaning!

alt

Cara ni korang boleh guna kalau time tu korang extra rajin.

alt

Pening kan kalau nak cari bahan tu bahan ni, campur tu campur ni. Renyah mak! Banyak kerja lain lagi nak buat.

Sekiranya korang guna pencuci lantai Kleenso Serai Wangi ini, hanya 1 langkah sahaja, tinggal nak mop lantai je!

Bukan setakat murah dan mudah, lantai pun tak melekit

alt

Kandungan pencuci lantai Kleenso Serai Wangi diperbuat dari bahan semulajadi dan menggunakan serai wangi sebagai bahan utama.

Selain dari menyebarkan aroma wangi serai di sekeliling rumah, lantai pun tak melekit. Amboiii, seronok la si kecil bermain-main atas lantai nanti!

Bukan setakat wangi dan tak melekit, kini tiada lagi penghuni tak diundang!

Bukan pencuri, bukan penyamun. Tapi lipas, cicak, nyamuk, semut antara penghuni yang tak diundang, kan? Annoying weh!

Tapi, dengan bahan kandungan khas Kleenso Serai Wangi, ia mampu untuk menghalau serangga-serangga yang annoying-kan hidup korang. Dan yang paling best, pencuci lantai ini sesuai digunakan untuk semua jenis lantai.

alt

Dengan harga yang sangat berpatutan, anda tak perlu runsing untuk buat bahan pencuci DIY sendiri semata-mata untuk jimat duit. Hanya RM10.50 sahaja, anda mampu jimatkan masa dan kudrat!

Pencuci lantai Kleenso Serai Wangi ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka seperti Mr. DIY, Aeon, Giant, NSK, HERO. Lantai tak melekit, kaki betul-betul syok!

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts