Mudah rupanya nak bagi bayi tidur lena, ibu cuba ikut 8 panduan ini!

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 23 Sep 2018 23:03:00

Aduh, aduh… apa lagi cara membuat bayi tidur nyenyak terutama di waktu malam? Kalau hampir setiap hari bayi berjaga malam, pasti ia memberi kesan pada ibu bapa akibat tak dapat tidur yang cukup. Bertabahlah ya, ibu bapa semua!

Bukan setakat tak mahu tidur malam, ada juga bayi yang rancak bermain, naik belakang badan ayah, menangis, tarik rambut ibu dan macam-macam lagi kerenah si kecil yang bikin pusing kepala.

Tapi ibu-ibu perlu tahu, jika anak tak dapat tidur yang mencukupi, ia boleh menganggu proses tumbesaran mereka terutama yang baru berumur 0 hingga 24 bulan.

Bagi membantu bayi tidur lebih lena pada malam hari, anda boleh ikuti panduan di bawah.

8 cara membuat bayi tidur nyenyak

1 – Bagi cukup makan

cara membuat bayi tidur nyenyak, cara tidurkan bayi, cara menidurkan bayi, cara tidurkan anak kecil, cara tidurkan anak, cara tidurkan baby, cara tidurkan bayi baru lahir, menidurkan anak, tidurkan anak, tidurkan bayi, tidurkan anak, tips tidurkan anak, tips menidurkan bayi

Kredit: Fimela Family

Untuk bayi yang berumur 0 hingga 12 bulan, ibu harus memastikan si kecil itu diberikan susu yang mencukupi bagi mengelaknya berjaga di tengah malam untuk menyusu.

Manakala bagi bayi yang sudah berumur enam bulan ke atas, pastikannya makan dalam waktu yang betul dan menyusu dengan baik supaya si kecil rasa penuh perut sekaligus menyebabkannya mengantuk di malam hari.

Tapi, jangan terlalu memaksa, jika anak tak mahu makan. Itu tanda dia sudah kenyang atau sebab lain.

2 – Lap badan dengan air suam

Cara membuat bayi tidur nyenyak juga adalah sebelum tidur lap badan bayi dengan tuala yang direndam dalam air suam.

Ia akan membuatkan si kecil rasa lebih selesa untuk tidur.

3 – Urutan badan

cara membuat bayi tidur nyenyak, cara tidurkan bayi, cara menidurkan bayi, cara tidurkan anak kecil, cara tidurkan anak, cara tidurkan baby, cara tidurkan bayi baru lahir, menidurkan anak, tidurkan anak, tidurkan bayi, tidurkan anak, tips tidurkan anak, tips menidurkan bayi

Kredit: billerbeck.ch

Selepas bersihkan badan bayi, buat urutan lembut pada tubuh kecilnya itu terutama di bahagian tangan dan kaki.

Penggunaan minyak bayi atau losyen (pilih yang mesra kulit) boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja untuk tidur lebih lena.

4 – Jaga persekitaran bilik tidur

Seterusnya, pastikan ruang dan suasana bilik dalam keadaan yang tenang. Selain biarkan pencahayaan bilik suram-suram saja. Supaya si manja rasa lebih damai dan seronok untuk tidur.

5 – Pasang muzik atau zikir

Memasang alunan muzik berentak perlahan dan zikir yang sesuai bagi merangsang mood bayi supaya tidur dengan lebih mudah.

6 – Memakai pakaian yang lebih selesa

Faktor pakaian semasa tidur juga boleh menyebabkan bayi terjaga dengan lebih kerap di waktu malam. Jadi, pastikan anda memakainya dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur.

Anda juga boleh balutkan tubuh kecilnya dengan selimut supaya dia tidak berasa kesejukan dingin malam. Sekaligus tidak ganggu tidur malamnya.

7 – Jadual dan rutin tidur

cara membuat bayi tidur nyenyak, cara tidurkan bayi, cara menidurkan bayi, cara tidurkan anak kecil, cara tidurkan anak, cara tidurkan baby, cara tidurkan bayi baru lahir, menidurkan anak, tidurkan anak, tidurkan bayi, tidurkan anak, tips tidurkan anak, tips menidurkan bayi

Biasakan bayi tidur dalam satu waktu yang sama. Contohnya bawa si manja tidur pada jam 9 malam. Dengan cara ini, bayi akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.

8 – Perbezaan siang dan malam

Kepada ibu-ibu yang baru melahirkan, bayi sememangnya akan tidur tidak kira waktu. Namun anda perlu ajar bayi membezakan tidur siang dan malam.

Sebagai contoh waktu siang tidurkannya di dalam bakul bayi. Manakala waktu malam pula tidurkannya di katil bayi atau bersama anda.

Kesimpulannya, jika bayi terjaga di waktu malam tepuk-tepuk punggung atau pahanya dengan lembut bagi merangsangnya terus tidur.

Jika dia menangis periksa sama ada berlaku kebocoran lampin. Jika sudah penuh, tukarkan segera. Kemudian, sambung dodoinya dengan iringan zikir yang perlahan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

sistem sokongan ibu bapa bekerja, support system, ibu bapa yang bekerja, rapat dengan anak-anak, tips untuk ibu bapa bekerja

Kredit gambar: Mercatornet.com

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook 

Baca juga

Sukar buat bayi tidur nyenyak sepanjang malam? Cubalah cara genius ibu ini!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts