Mufti Perlis cadang DAP turut memohon maaf kepada umat Islam & masyarakat Melayu

by Oh! Semput


9
SHARES
114
VIEWS
Posted on 25 Nov 2022 07:00:27



Permohonan maaf secara terbuka dua pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Anthony Loke, kepada rakyat dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), mengundang banyak respon positif. 


Perkara itu turut menarik perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang menyarankan DAP juga melakukan perkara yang sama kepada masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. 


Jelas Mohd Asri, dengan permohonan maaf dari DAP itu dapat meredakan perasaan masyarakat Melayu Islam. 


"Memandangkan DAP bersama kerajaan baharu ini, saya mencadangkan mereka juga memohon maaf kepada masyarakat muslim juga Melayu negara ini seperti yang mereka telah lakukan permohonan maaf kepada GPS di Sarawak. 


"Ini diharapkan dapat meredakan perasaan masyarakat majoriti negara ini dan memulakan azam yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat Melayu negara ini. 


"Jika DAP enggan, mereka kelihatan sama sahaja dengan identiti DAP yang umat Islam resah dan tolak sebelum ini," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya hari ini. 


Dalam kenyataan itu juga, Mohd Asri mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.


Beliau berharap dengan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri baharu dapat membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. 


"Saya doakan semoga Allah membimbing pentadbiran beliau kepada kebaikan dan dilindungi dari keburukan dan kemurkaanNya," katanya. 



: Facebook Dr MAZA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts