Muhyiddin hadir kempen PH di Port Dickson

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Oct 2018 17:01:51


ZULKIFLI MANZOR

11 Oktober 2018 7:56 PM

PORT DICKSON - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir buat julung kali dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson di sini malam ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri hadir bagi berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Ketua Bahagian Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, ketiga-tiga pemimpin PH terbabit menyertai majlis bacaan yasin dan tahlil bersama penduduk setempat selepas solat maghrib di Masjid Qariah Bagan Pinang dekat sini.

Mereka kemudian bakal menyertai solat hajat yang diadakan di masjid tersebut selepas solat Isyak bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Muhyiddin.

Muhyiddin selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas di Singapura pada 12  Julai lalu dan masih menjalani rawatan susulan.

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News