Muhyiddin sindir Anwar isu penurunan harga telur

by Oh! Semput


21
SHARES
275
VIEWS
Posted on 18 Jun 2024 04:30:23

PENGERUSI Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mengkritik tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menurunkan harga telur baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu melahirkan rasa terkejutnya di Facebook dan berkata beliau mengharapkan kerajaan mengumumkan mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang dan bukan hanya penurunan harga telur.

“Terima kasih lah Perdana Menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Katanya ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.

“Jadi, saya jangkakan perdana menteri nak umumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang,” katanya di Facebook.

Semalam Anwar mengumumkan harga runcit telur Gred A, B dan C masing-masing diturunkan kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen.

Anwar turut menekankan perlindungan subsidi untuk keperluan makanan rakyat akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM100 juta manakala peruntukan subsidi telur ayam pada 2023 berjumlah RM927 juta.

Penurunan harga telur susulan keputusan kerajaan menghapuskan subsidi menyeluruh harga diesel pada 10 Jun lalu.

Muhyiddin mengingatkan kerajaan penghapusan subsidi menyeluruh untuk diesel menyebabkan kenaikan harga dalam banyak barangan dan perkhidmatan termasuk tambang bas sekolah.

Beliau mencadangkan kerajaan sepatutnya mengumumkan pakej komprehensif bernilai RM4 bilion untuk membantu rakyat dan bukannya hanya menurunkan harga telur.

RM4 bilion itu dilaporkan sebagai jumlah yang akan dijimatkan oleh kerajaan melalui rasionalisasi subsidi diesel.

“Mungkin satu pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi.

“Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja. Jangkaan saya meleset,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Penurunan harga telur sebanyak tiga sen adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembalikan penjimatan daripada rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat baru-baru ini. – 18 Jun, 2024.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts