Mulut bau arak, Aliff Aziz mabuk & cetuskan pergaduhan punca ditangkap polis

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Nov 2019 11:02:15



Semalam, kecoh di media sosial dengan tularnya rakaman video penahanan Aliff Aziz oleh pihak berkuasa Singapura. Namun, rata-ratanya berandaian kemungkinan itu hanyalah sekadar gimik lakonan filem atau drama terbaru olehnya.

Namun, kesahihan video tersebut telah terbukti bahawa sememangnya Aliff Aziz telah bergelut dan ditahan oleh pihak polis Singapura. Beberapa buah video tular yang melibatkan penyanyi tersebut, juga telah disahkan oleh Pasukan Polis Singapura bahawa perkara tersebut adalah sahih dan benar.

alt

Punca penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ditangkap, dikatakan kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dia berada dalam keadaan mabuk. Tambah lagi, dia juga disyaki telah bergaduh dengan seorang lagi lelaki lain sekitar pukul 6.40 pagi semalam di sekitar Orchard Road.

Saksi yang berada ditempat kejadian mengatakan Aliff dilihat “cari pasal” dengan beberapa orang disekatar tempat itu. Seorang lelaki tidak dikenali juga dikatakan menumbuk Aliff.

Wanita itu menambah, dia sendiri tidak pasti apa yang dikatakan Aliff sehingga lelaki tersebut menyerangnya.

Aliff Aziz juga dikatakan tidak mahu bertenang dan pihak polis cuba meleraikan pergaduhan terbabit. Tetapi dengan nafasnya yang berbau arak, enggan memberikan kerjasama, malah berterusan mencetuskan kekecohan.

Semasa sedang bergelut dengan beberapa orang pihak polis, Aliff Aziz dilihat sempat menghubungi bapanya untuk meminta bantuan dan menyatakan bahawa ada orang ingin memukulnya.

Aliff Aziz bakal dihadapkan di Mahkamah Negara Singapura pada 19 November nanti bagi sebutan kes curi, dimana dia telah dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri.

alt

Dia juga sedang berdepan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.

: MediaCorp.

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...