Muncul semula secara fizikal, KLFW 2022 kembali bermula 17 Ogos

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 01:01:06

Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) akan membuat kemunculan semula secara fizikal dengan penuh bergaya tahun ini di Pavilion Kuala Lumpur di sini, menampilkan lebih 40 koleksi pakaian sedia pakai pereka tempatan, dari 17 hingga 22 Ogos.

Pengasas KLFW Andrew Tan berkata edisi ke-10 KLFW itu bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia dalam menyesuaikan diri, berkembang dan meningkatkan produktiviti, inovasi serta kreativiti secara berterusan.

Beliau berkata sejak pelaksanaanya pada 2013, KLFW telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan bersatu, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka fesyen tempatan.

“Apabila saya mulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu bahawa ia akan menampilkan risiko besar dan usaha yang gigih.
“Saya bangga untuk mengatakan bahawa KLFW telah mencapai semua parameter yang telah kami tetapkan untuk diri kami sendiri..
“…dan pada 2022 ini, memasukan edisi ke-10, ia adalah penganjuran fesyen yang cukup menakjubkan,” katanya pada majlis pelancaran media acara hari ini.

Tan berkata antara pereka yang dijangka menyertai Minggu Fesyen ini ialah Innai Red, Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini serta senarai pereka yang sedang meningkat naik dalam negara.

Pada tahun 2020 KLFW telah mengadakan pertunjukan fesyennya secara dalam talian, manakala tahun lepas, ia telah dianjurkan secara digital dan fizikal dengan kehadiran yang terhad disebabkan oleh pandemik.

: BERNAMA

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts