Anda Mungkin Boleh Beli Siri AMD Ryzen 7000 Selepas 15 September

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 06 Aug 2022 01:30:18

Berdasarkan perkara yang telah disahkan AMD, mereka akan melancarkan AMD Ryzen 7000 pada bulan September ini. AMD akan mengadakan satu acara pengumuman pada hujung Ogos ini yang akan memperlihatk kepada umum berkaitan produk-produk yang mereka akan lancarkan.

Acara pengumuman tersebut akan dilangsungkan pada 29 Ogos nanti tetapi itu bukanlah tarikh di mana anda sudah boleh membeli cip siri Ryzen 7000 itu.

{suggest}

Hal ini kerana, produk-produk AMD itu masih berada dalam status embargo selama 2 minggu selepas tarikh acara pengumuman tersebut. Untuk mempermudahkan anda, berikut merupakan tarikh-tarikh penting daripada AMD:

  • Pengumuman produk AMD: 29 Ogos, 2022 pada 8:00PM ET (eastern time) / 29 Ogos, 2022 pada 8:00AM MYT (Kuala Lumpur)
  • Embargo media: 13 September, 2022 pada 9:00AM ET (eastern time) / 13 September, 2022 pada 9:00PM MYT (Kuala Lumpur)
  • Embargo jualan: 15 September, 2022 pada 9:00AM ET (eastern time) / 15 September, 2022 pada 9:00PM MYT (Kuala Lumpur)

Dalam artikel sebelum ini, terdapat 4 SKUs dalam siri AMD Ryzen 7000 yang mungkin akan dilancarkan AMD nanti seperti di bawah:

  • AMD Ryzen 9 7950X
  • AMD Ryzen 9 7900X
  • AMD Ryzen 7 7700X
  • AMD Ryzen 5 7600X

Jadi sama-samalah kita nantikan acara pengumuman daripada AMD itu nanti dan melihat pembaharuan rasmi yang dimiliki siri Ryzen 7000 itu.

: wccftech

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts