'Saya Mungkin Ibu Yang Kejam, Paksa Anak Buat Kerja Rumah...Tetapi Hasilnya...'

by Oh! Semput


12
SHARES
150
VIEWS
Posted on 29 Sep 2016 23:00:57


Saya mungkin ibu yang kejam kerana:

1. Selepas makan malam, anak-anak saya akan bergilir-gilir buat kerja di dapur. Seorang basuh pinggan mangkuk, periuk kuali, seorang lagi buang sampah dan kunci pagar.

2. Saya suruh anak-anak saya gaul nasi dengan ikan untuk diberi pada kucing-kucing di rumah atau membersihkan sangkar kucing.

"Sama-sama bela. jadi tak adillah kalau mama seorang saja yang uruskan kucing."

3. Anak basuh kasut sekolah sendiri.

4. Selepas makan, basuh sendiri, lap dan kemas sendiri kalau tertumpah.

5. Kemas bilik, lipat baju dan jemur kain baju. Hari minggu, mereka basuh sendiri baju sekolah, clorox, nila, jemur sendiri.

6. Baju sekolah pun gosok sendiri sejak darjah 4.

7. Nak minum air manis, buat sendiri.

8. Ajar anak-anak guna dapur, baru belajar basic goreng telur saja.

9. Petang-petang siram pokok bunga.

10. Seminggu atau 2 minggu sekali sental bilik air di dapur sebab mereka saja yang gunakan bilik air itu.

11. Saya tak pernah masak air panas untuk anak-anak mandi pagi sebelum pergi ke sekolah. Mandi saja dengan air sejuk. Menangis pun menangislah.

12. Time mereka tak sibuk, minta tolong packing magnet. Upahnya duit atau belanja makan.

Kejam? Tetapi inilah hasilnya:

1. Anak dah ada rasa tanggungjawab. Sudah pandai membasuh pinggan sendiri. Satu hari saya speechless sebab anak yang berusia 5 tahun selepas dia makan, dia basuh sendiri pinggan yang digunakan dengan bersih. Dia kata, dia tengok along basuh, jadi dia pun tidurlah.

2. Kebetulan Friskies di rumah habis. Angah ajak perig ke kedai runcit untuk beli Friskies RM2 menggunakan duit tabung dia.

Dia kata dia kasihan ada seekor kucing kurus dengan anak-anaknya di sekolah.

3. Si kenit yang berusia 5 tahun, bangun awal betul hari minggu itu. Mama yang menganduk sebab banun awal terlelap di bilik. Last-last dia kejutkan minta buka pintu sebab nak jemur kasut. Dia dah siap basuh kasut sekolah jam 8 pagi!

4. Suatu hari ternampak si kecil kalut dengan kain, mop, rupanya air dia tumpah dan dia nak lap sendiri.

5. Petang itu cari si kenit tak jumpa. Rupa-rupanya di luar angkat kain baju yang dia punya sahaja. Dia longgok di depan TV dan dia lipat sendiri sambil menonton Ultraman. Siap lipat, dia angkat dan simpan dalam robok dia.

6. Anak-anak dah pandai gosok baju sekolah untuk seminggu terus pada hari hujung minggu.

7. Bukan setakat pandai buat air milo, malah nescafe atau teh, Aiskrim Malaysia pun mereka pandai buat. Kadang-kadang perisa milo, nescafe atau jagung. Yang selalu jadi kepala, si along. Tengah hari boleh pula suruh mereka bancuh air teh o ais satu jug.

8. Dah pandai goreng telur, mereka minta ajar pula masak nasi dengan maggi.

9. Anak-anak pula yang tanya, "mama dah siram pokok ke?", "mama, bendi itu dah besar, angah petik ya,"

10. Si kenit balik sekolah bukan main lama dia mandi. Saya pula membebel si kenit mandi lama-lama. Si kenit kata dia bukan mandi tetapi basuh bilik air.

"Adik basuh bilik air la. Tengok ni, dah bersih" katanya.

Yup, terkejut masa tu. Dengan lubang jamban sekali dia sental tanpa sebarang rasa geli. Memang putih berkilat.

11. Sekarang nak pergi sekolah, pagi-pagi si kenit mandi air sejuk jam 6 pagi. Relaks saja.

12. Sesekali saya bawa mereka pergi Mr DIY, bagi mereka duit sedikit. Upah mereka tolong saya buat kerja. Belilah apa yang mereka suka tetapi bermanfaat. Selalunya mereka beli stationary atau buku. Pernah juga anak tolak bila saya bagi duit upah.

"Tak apalah mama, angah ikhlas tolong mama sebab mama pun penat buat kerja," kata angah.

Yang kita ajar ialah rasa tanggungjawab, rasa berdikari dan tak payah disuruh. Kita nak pupuk rasa sayang anak-anak pada persekitaran dia. Anak-anak akan buat tanpa kekok kalau dia sudah terbiasa dan anak-anak saya itu semuanya lelaki.

Kerja-kerja yang saya ajar mereka buat itu dari zaman berzaman datuk nenek kita duk ajar kerja-kerja anak perempuan. Maka anak lelaki nak buat apa pun tak reti. Bila dia dah besar, pinggan sebiji pun dia akan tinggal untuk mak atau isteri yang basuh.

Suatu hari saya panggil anak-anak.

"Mama minta maaflah kalau mama suruh korang buat banya kerja. Mama cuma nak korang pandai berdikari kalau suatu hari nanti mama tiba-tiba tak ada lagi. Sekurang-kurangnya korang dah pandai hidup sendiri," harap kekallah perangai mereka ini sehingga dewasa kelak

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts