Mungkin saya silap tolong orang yang tak sepatutnya dibantu – Aliff Syukri tuju siapa?

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 30 May 2026 00:04:41

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang didakwanya tidak menghargai usaha bantuannya dalam meringankan beban bagi meneruskan hidup.

Mungkin saya silap beri bantuan

alt

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff mengakui kemungkinan dirinya tersilap dalam menilai individu yang perlu dibantu, namun menegaskan niatnya hanya untuk menolong tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Mungkin Papa silap membantu orang yang tak sepatutnya Papa bantu. Papa tak minta dihargai atau dikenang. Cukuplah doa dari anda supaya nafas Papa masih ada untuk terus membantu golongan yang betul-betul memerlukan,” ciapannya, hari ini.

alt

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan sokongan dan mendoakan agar beliau terus kuat serta meneruskan usaha membantu golongan memerlukan.

Malah ada juga segelintir netizen yang berpendapat bahawa setiap bantuan perlu lebih berhati-hati agar tidak disalah guna oleh pihak tertentu.

Hanya Allah dapat membalas

alt

Terima kasih beri bantuan

alt

Takpe, niat dah betul

alt

Artikel lain: Hidup serba kekurangan, Norish Karman terima duit puluhan ribu hasil ‘live’ dengan Aliff Syukri

Terdahulu, Aliff pernah membantu keluarga pelakon Norish Karman melalui sumbangan wang tunai melebihi RM 15,000 hasil jualan produk yang dilakukan secara siaran langsung di TikTok.

Menurut usahawan itu, sumbangan tersebut dianggap sebagai bayaran atau ‘gaji’ buat Norish sekeluarga, khususnya anak perempuannya, Hanyz Amanda, yang sebelum ini memohon peluang pekerjaan daripadanya.

: Threads aliffsyukriterlajaklaris

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts