Mungkin Ini Telefon Pintar iQOO Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 19:00:23

Pada 22 November yang lepas, Vivo secara rasmi menjadi syarikat pertama mengeluarkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Hanya beberapa jenama sahaja yang akan mengeluarkan telefon pintar mereka yang menggunakan cipset tersebut sebelum berakhirnya tahun ini.

Senarai peranti berkenaan termasuklah siri peranti iQOO.

iQOO 11 design leaks, shows the trade mark racing stripes

Siri iQOO 11 yang bakal hadir dijangka akan dilancarkan pada 2 Disember 2022. Poster yang memaparkan reka bentuk peranti yang bewarna putih dan garisan seperti lumba kereta itu jelas sekali melambangkan siri peranti tersebut.

Untuk siri terbaru ini, iQOO 11 akan didatangkan dengan reka bentuk segi empat tempat pada kamera belakangnya. Namun, berkemungkinan besar perhiasan karbon fiber akan ditambahkan pada permukaan kamera tersebut.

Siri iQOO 11 bakal disertakan dengan panel 6.78” AMOLED (Samsung E6) bersama resolusi QHD+ dan kadar segar semula 144Hz.

Kamera utama pula tersedia denga kamera  50MP, 13MP ultra lebar dan kamera makro 8MP.

Model ini juga dijangka akan dimuatkan dengan bateri bberkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas  120W.  Sementara iQOO 11 Pro mungkin akan menyokong sehingga 200W dengan bateri  4,700mAh.

: GSMArena

Gambar Utama: GSMArena

{suggest}

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts