Muntah darah mengejut, Nassier Wahab meninggal dunia

by Oh! Semput


HOME Posted on 05 Dec 2019 09:02:34



Penyanyi senior yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka Datuk Nassier Wahab, 57 dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), awal pagi tadi.

Sebelum ini Allahyarham telah dilaporkan mempunyai ketumbuhan pada rahang kirinya, namun selepas pembedahan dan sesi kimoterapi, kondisi penyanyi itu sedikit stabil.

alt

Menerusi Berita Harian, pembantu peribadinya,  Ariff Salim memberitahu bahawa Nassier telah muntah darah pada 12.30 malam selepas menyatakan ingin berehat dan meminta diurutkan tangan serta belakang badannnya.

alt

Tidak lama selepas itu, doktor telah mengesahkan pelatun lagu Memori Cinta Luka itu sudah tiada kepada isterinya iaitu Datin Fatimah Abd Rauf, 56, yang berada di sisi.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Batu Belah, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah Kelang, kira-kira jam 9.30 pagi hari ini.

alt

Nassier Wahab yang sebelum ini pernah dilaporkan menghidap ketumbuhan di rahang kirinya selepas mengadu kerap sakit gusi. Kesan daripada pembedahan membuang ketumbuhan itu, beliau telah menggunakan tiub untuk makan dan baru sahaja membukanya sebelum disahkan meninggal dunia.

alt

: Berita Harian

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...