Musim haji hampir ke penghujung tanpa COVID-19

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 23:01:12



MAKKAH, 12 Zulhijjah 1441H, Ahad – Status kesihatan jemaah haji berada pada tahap meyakinkan dengan tiada isu kesihatan awam dilaporkan musim ini, kata Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Masjidil Haram dibersihkan dengan pembasmi kuman selepas jemaah selesai mengadakan Tawaf Al-Ifada pada hari ketiga. Masjid itu dibersihkan sebanyak 10 kali sehari sepanjang krisis pandemik COVID-19.

Mentor kesihatan yang mengambil bahagian dalam musim haji tahun ini, Dr Amani Al-Saadi berkata, status kesihatan jemaah dipantau daripada mula mereka meninggalkan tempat penginapan sehingga mereka kembali pada hari terakhir.

Setiap jemaah mempunyai tempat duduk khas di dalam bas untuk mengurangkan kontak dengan yang lain, malah klinik kesihatan ditempatkan di setiap kompleks kediaman di mana doktor akan memeriksa kesihatan mereka dan membekalkan ubat yang diperlukan.

Seorang jemaah dari Indonesia dikenali sebagai Farida adalah antara umat Islam beruntung kerana berpeluang menunaikan haji tahun ini.

Beliau berkata, sebagai insan yang dipilih ia disifatkan sebagai ‘sesuatu yang sukar dipercayai dan tidak ternilai harganya’.

Farida melahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana dapat menunaikan kewajipan sekali dalam seumur hidup ini.

“Ini adalah rahmat daripada Allah sebelum saya meninggalkan Arab Saudi. Ia diatur dengan sangat baik, saya mengucapkan tahniah buat Kementerian Haji dan Kementerian Kesihatan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...