12.12 Shopee Voucher

Musuh DAP, Armand gesa Umno henti berbalah

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Nov 2020 11:30:39



Datuk Armand Azha Abu Hanifah menggesa pemimpin Umno berhenti bercakaran sesama sendiri. — Foto oleh Ahmad Zamzahuri
Datuk Armand Azha Abu Hanifah menggesa pemimpin Umno berhenti bercakaran sesama sendiri. — Foto oleh Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Datuk Armand Azha Abu Hanifah menggesa pemimpin Umno berhenti bercakaran sesama sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata rakyat sedang menilai situasi dan akan menterjemahkan sokongan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

“Musuh utama dan nyata kita iaitu Pakatan Harapan (PH) terutama DAP. Sudahkah kita lupa selama 22 bulan PH jadi kerajaan apa yang kita lalui?

“Tetapi yang menyedihkan kini bila serangan dalaman parti kita ini makin rancak tanpa kita sedar ini hanya akan merugikan parti kita. 

“Rakyat kini sedang menilai parti kita. Jika kita masih dengan budaya tidak sihat ini, PRU15 saya risau sekali lagi rakyat akan hukum kita,” katanya. 

Ketua Umno Subang mengulas kecaman terhadap beberapa menteri Umno yang cuba memperkukuhkan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Datuk Seri Shahidan Kassim baru-baru ini dikecam selepas menggelar wakil rakyat yang menolak Belanjawan 2021 sebagai pengkhianat. 

Begitu juga Tan Sri Annuar Musa dikecam kerana melihat Bersatu wajar diberi peluang bekerjasama bersama Umno dan PAS.

Armand berkata jika pertelingkahan dalaman berterusan, dibimbangi nikmat yang diberikan Allah ketika ini akan ditarik.


 

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News