MyCare Sasar Kutipan RM2 Juta Tabung Kecemasan Aleppo

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 13:00:59

KUALA LUMPUR – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan sebanyak RM2 juta bagi Tabung Kecemasan Aleppo, Syria yang dilancarkan melalui agensinya i4Syria hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata kutipan itu bertujuan membantu penduduk Aleppo yang berjaya diselamatkan untuk mengharungi musim sejuk.

“Bantuan utama yang diperlukan di bandar itu adalah makanan, ubat-ubatan dan keperluan musim sejuk seperti khemah, selimut, alat pemanas serta pakaian. Setakat ini dana yang terkumpul adalah RM275,885.36,” katanya.

Katanya orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung itu boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Islamic (5642-5856-0698), Bank Islam (1209-20100-34904) atau CIMB Islamic (8602-135-592).- BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts