MyFreeViewTV Kini Boleh Ditonton Oleh Rakyat Malaysia Secara Percuma

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 24 May 2019 09:03:53

Pemindahan siaran televisyen Malaysia daripada menggunakan isyarat analog kepada isyarat digital sudah banyak diperkatakan sejak beberapa tahun lepas, dan akhirnya MyFreeViewTV, melalui MyTV dan SKMM sudah boleh ditonton oleh rakyat Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengumumkan bahawa siaran televisyen tempatan sudahpun beralih kepada isyarat digital secara sepenuhnya, dan rakyat Malaysia boleh membeli penyahkod (decoder) DVB-T2 dan antena UHF (Ultra High Frequency) untuk menikmati saluran-saluran MyFreeViewTV secara percuma.

Menurut pihak SKMM, jika anda ingin membeli televisyen baru, anda juga boleh mendapatkan televisyen IDTV (Integrated Digital TV) yang hadir dengan penyahkod DVB-T2 terbina didalamnya, dan membeli antena UHF jika anda ingin mengurangkan semak di meja ruang tamu anda.

Melalui MyFreeViewTV, pengguna kini boleh menikmati 15 saluran TV dan enam saluran radio, dan ia dikatakan bahawa banyak lagi saluran televisyen akan menyertai perkhidmatan tersebut di masa akan datang.

Dalam pada itu, SKMM juga mengumumkan bahawa isyarat analog yang digunakan untuk siaran televisyen sekarang akan ditutup sepanjang tahun ini, dan akan ditamatkan sepenuhnya menjelang suku ketiga 2018.

Isyarat yang dibebaskan ini akan digunakan untuk pelbagai kegunaan lain, termasuklah sambungan rangkaian 5G.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web SKMM dan juga MyFreeViewTV.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts