MyKad Baharu Turut Menyertakan Komponen Dompet Digital Secara Terbina

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 17 Sep 2026 14:00:35

MyKad generasi baharu telah pun dilancarkan yang hadir dengan rekaan dikemaskini, bersama-sama sejumlah besar penambah-baikkan bersama dengannya. Tidak setakat ciri-ciri sekuriti bersama kad pengenalan berkenaan, kini pembangunnya NexG turut menyatakan MyKad turut hadir dengan sebuah komponen dompet digital secara terbina padanya.

NexG menyatakan mereka menyertakan komponen tersebut pada MyKad tanpa sebarang kos tambahan, dan ditawarkan sebagai perkhidmatan nilai tambahan. Buat masa ini, kerajaan tidak menyatakan sebarang perkara berkenaan untuk menggunakan MyKad bagi tujuan dompet digital.

Untuk makluman, NexG merupakan syarikat yang bertanggungjawab membekal MyKad dan juga Pasport Antarabangsa Malaysia. Sebelum ini, ia turut dikongsikan NexG sedang bangunkan sebuah dompet digital dinamakan “Salur”, dengan fokus untuk berfungsi sebagai dompet digital kerajaan dan juga ekosistem pembayaran untuk subsidi bersasar. Ia tidak diketahui lagi komponen dompet digital pada MyKad baharu ini akan dipautkan bersama ke Salur pada masa akan datang atau sebaliknya.

Setakat ini, tiada sebarang peranccangan dompet digital dikongsikan oleh kerajaan secara rasminya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts