MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi – Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 16 Sep 2026 04:00:12

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi kini memperkenalkan MyKad Generasi Baharu, yang membawa pembaharuan dari segi reka bentuk dan ciri keselamatan pada kad pengenalan Malaysia.

Menerusi video pengenalan yang dikongsikan JPN, MyKad Generasi Baharu ini menampilkan 53 ciri keselamatan fizikal yang merangkumi pelbagai elemen pada permukaan dan struktur kad.

Antaranya ialah Hologram Keselamatan Dinamik yang memaparkan imej tiga dimensi dan berubah mengikut sudut pandangan serta pencahayaan. Kad ini turut mempunyai ciri keselamatan ultraungu (UV) yang menonjolkan elemen keselamatan tertentu dan hanya dapat dilihat di bawah sinaran ultraungu.

Dari segi binaan, MyKad Generasi Baharu menggunakan lapisan polikarbonat yang lebih tahan terhadap suhu dan bahan kimia. Kad ini turut menampilkan corak Guilloche, iaitu corak keselamatan halus yang membantu menjadikannya lebih sukar dipalsukan.

Ciri Transparent Window.

Selain itu, terdapat teks mikro, iaitu tulisan halus yang boleh dilihat dengan lebih jelas menggunakan kanta pembesar. MyKad Generasi Baharu juga mempunyai ciri keselamatan lutsinar Transparent Window pada bahagian tertentu kad.

Pada bahagian belakang MyKad, terdapat Kod QR bagi menyokong keperluan pengesahan dan penguatkuasaan. MyKad Generasi Baharu juga dilengkapi cip NFC yang membolehkan pembacaan secara contact dan contactless, selain cip pemprosesan lanjutan serta cip antara muka dwi fungsi.

Ketersediaan

Mulai 17 September 2026, sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi Pusat Cetakan di seluruh negara akan mula mengeluarkan MyKad Generasi Baharu.

Foto: Jabatan Pendaftaran Negara

Menurut JPN, pengeluaran MyKad di cawangan berkenaan mempunyai tempoh siap pada hari yang sama.

Maklumat lanjut mengenai urusan MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my.

{suggest}

MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi – Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts