Nabil Ahmad Mengaku Tak Pandai Berlakon

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 06 Oct 2016 00:00:03

Pengacara dan pelawak popular Nabil Ahmad mengakui bahawa dia sebenarnya tidak pandai berlakon selain menyatakan bahawa dia lebih selesa untuk mengacara sesebuah program televisyen kerana tidak memerlukan komitmen yang panjang dan waktu yang terikat.

BACA: Nabil Ahmad Hilang 1.2 Juta Pengikut Di Instagram

“Sekarang ini tengah tidak berlakon dan tidak mengambil apa-apa projek lakonan. Terpulang kepada tawaran itu sendiri kalau lumayan saya akan fikir-fikirkanlah. Tapi terus-terang cakap dalam bidang lakonan saya tak berapa pandai sangat berlakon”

“Saya rasa dalam proses penggambaran itu sendiri mengambil masa terlalu lama dengan masa yang saya kerja ini. Itu yang akan membataskan masa saya bersama keluarga sekiranya saya berlakon,” katanya kepada Rotikaya.

Sementara itu, Nabil turut memberitahu bahawa dia turut mendapat beberapa tawaran untuk menjadi seorang mutawif iaitu menjadi seorang pengiring jemaah yang mengerjakan haji. Tetapi disebabkan komitmen kerjaya, ia membataskan Nabil daripada menyertai perkara tersebut.

“Ada juga dapat tawaran daripada beberapa syarikat nak bawa saya dan peminat pergi. Lepas itu madam saya sendiri nak dapat cuti 10 ke 12 hari susah buat masa sekarang ini. Mungkin pada masa depan kalau betul-betul mempunyai kelapangan masa saya akan pergi. Pergi ke Mekah siapa nak tolak, rezeki yang sangat baik,” jelasnya lagi. (rtky/h)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts