Nabila Huda Buat Video Parodi Coco Mix

by Oh! Semput


10
SHARES
133
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 12:00:18

Kali ini, bukan netizen biasa sahaja yang membuat video parodi untuk pengakuan Coco tentang pelatnya disebabkan berdarah campuran pelbagai, malah Nabila Huda sendiri turut melakukan video parodi.

capture-20161227-155149

Gambar : Instagram Nabila Huda

Sebelum ini, viral di media sosial yang mana seorang gadis yang lebih dikenali sebagai Coco Mix membuat pengakuan yang mana loghat atau pelatnya dek kerana dirinya mempunyai darah campuran pelbagai.

 

Video tersebut membuatkan ramai yang mempersoalkan kebenaran disebaliknya kerana ia sangat ketara seolah-olah pelat gadis berkenaan seperti dibuat-buat.

 

Namun, Coco telah pun muncul di rancangan Motif Viral saluran Astro. Menerusi program tersebut, Coco sekali lagi membuat pengakuan yang mana dirinya sememangnya berdarah campuran, tetapi kurang pasti kacukan apa dan dikatakan terlalu banyak campuran.

 

Dari situ, semakin ramai netizen yang mempersoalkan dan memperlekehkan pengakuan tersebut. Pada saat itu jugalah muncul beberapa parodi akan loghat Coco.

Kali ini, Nabila Huda pula tampil dengan video parodi mengaitkan dengan isu tersebut. Dalam dua buah video parodi pendek yang dikongsikannya di dalam akaun Instagram itu, rata-rata pengikutnya turut terhibur melihat teletah pelakon popular tersebut.

 

Video tersebut dibuat dipercayai ketika Nabila sedang menanti waktu untuk menyambung sedutan babak lakonannya di dalam drama akan datang Saat Kau Ikhlaskan Aku.

 

Bahkan, ketika Nabila sedang cuba meniru loghat Coco tersebut, dia sendiri mengakui yang ia agak susah untuk berkomunikasi seperti itu. Sempat dirinya mengatakan “Sampai nak tergeliat lidah ni,” ujarnya sambil tergelak.

 

EH! kongsi video parodi Coco Mix yang Nabila Huda lakonkan.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts