Nafkah hanya RM500 sebulan, punca Noor Nabila minta cerai?

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Sep 2019 14:06:23



Kes pemohonan penceraian pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dengan isterinya, Noor Nabila telah pun kembali dibangkitkan apabila pagi tadi mereka tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk sebutan kes pemohonan penceraian mereka.

Namun begitu, Sharnaaz telah membuat kenyataan bahawa tidak bersetuju untuk bercerai dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah mengarahkan mereka melantik  wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

alt

Semasa proses mahkamah pagi tadi, Nabila telah mendedahkan bahawa antara punca dia ingin berpisah dengan suaminya adalah disebabkan sudah tidak mempunyai persefahaman serta telah tinggal berasingan sejak Februari 2018.

Tambahnya lagi, Sharnaaz juga tidak memberikan nafkah zahir secukupnya yang hanya berjumlah RM500 sebulan sedangkan dia mampu untuk memberi lebih.

alt

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen telah mulai meninggalkan maklum balas di ruangan komen sumber dengan terkejut mendengar alasan Nabila yang ingin meneruskan penceraian dengan pelakon tersebut.

alt

alt

alt

Terdahulu, pasangan ini telah mengejutkan industri seni Tanah Air apabila masalah rumah tangga mereka mulai dihidu media kerana kerap berbalas-balas kenyataan di IG story masing-masing.

Namun, pada Mei yang lalu, mereka dilihat sudah mulai berbaik dan berhari raya bersama. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari, Nabila telah menfailkan pemohonan cerai pada penghujung Ogos lalu untuk berpisah dengan suaminya.

alt

: Harian Metro

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...