Nahas Bas: Keluarga Rela Dengan Pemergian Renugah

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 25 Dec 2016 15:01:21

KLANG – Kira-kira 100 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang V.Renugah, mangsa kemalangan bas ekspres di Pagoh, Johor, semalam, pada upacara sembahyang di rumahnya di Taman Bayu Perdana di sini.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu kemudian dibawa dari rumahnya ke Tanah Perkuburan Simpang Lima di sini untuk dibakar kira-kira pukul 4.30 petang.

Abang mangsa, V.Sri Nivasan, 30, ketika ditemui pemberita berkata mayat adiknya tiba di rumah keluarganya itu kira-kira pukul 11.30 malam tadi dengan upacara keagamaan bermula pukul 2 petang ini.

Beliau berkata adiknya itu yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik bekerja di sebuah kilang membuat cat di Singapura sejak setahun lalu dan bakal melangsungkan pertunangan dengan R. Kesavan, 25, yang turut cedera dalam tragedi itu.

“Walau apapun, kami sekeluarga rela dengan apa yang berlaku dan mahu memastikan proses pengebumian berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, pasangan itu yang bekerja di Singapura mahu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti umum bagi perayaan Krismas.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu, bas berkenaan terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di KM 137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, menyebabkan 14 orang maut dan 16 cedera. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts