Nahas bas: Kementerian Luar Singapura ucap takziah

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 12:00:51

KONSUL Jeneral Singapura ke Johor, Jaspal Singh (kanan) tiba di perkarangan rumah mayat Hospita Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk mengesahkan identiti mangsa warga Singapura yang maut dalam kemalangan bas ekspress di lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampung Jayor, Pagoh. – Foto Hairul Anuar Rahim

MUAR: Kementerian Luar Singapura, hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan nahas bas ekspres di Kilometer 137.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kampung Jayor, dekat sini awal pagi tadi turut membabitkan warganya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, kementerian itu berkata kerajaan Singapura akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Johor dan pihak berkuasa yang berkaitan di sini bagi memberi bantuan sewajarnya ke atas rakyat republik itu yang terjejas.

Mengikut kenyataan itu, Konsul Jeneral Singapura dan pegawai berkaitan turut berada di hospital sejak petang tadi bagi memantau rakyat republik itu yang terjejas.

Terdahulu, pada jam 5 petang tadi, Konsul Jeneral Singapura di Konsulat Singapura Johor Bahru, Rajpal Singh tiba di perkarangan Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) di Muar.

Category: Semasa


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts