Najib terkena jangkitan kuman di mata, bicara kes rasuah RM42 juta tangguh

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Aug 2019 13:02:22



Datuk Seri Najib Razak mengalami konjunktivitis dan tidak dapat hadir prosiding kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd. ― Foto oleh Hari Anggara
Datuk Seri Najib Razak mengalami konjunktivitis dan tidak dapat hadir prosiding kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd. ― Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 14 Ogos ― Perbicaraan kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd ditangguhkan sepanjang minggu ini kerana bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengalami sakit mata.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa anak guamnya memaklumkan perkara itu pada pukul 7.45 pagi tadi.

“Saya menerima panggilan Datuk Seri Najib yang jelas suaranya tidak sihat, dan beliau memaklumkan kedua-dua matanya dijangkiti konjunktivitis,” katanya.

Shafee berkata doktor pakar mata telah memeriksa jangkitan itu dan mengeluarkan surat cuti sakit selama tiga hari bermula hari ini.

Salinan surat cuti dan foto mata bekas presiden Umno yang sakit turut diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Baca seterusnya di Malay Mail.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...