Nampak makin sihat, Ainul Mardhiah suka gurau2 dengan walid

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Oct 2019 16:02:49



Kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut tempoh hari benar-benar telah berjaya menarik perhatian warganet. Mereka semua seperti bersatu hati mendoakan agar bayi tersebut terus kembali sihat.

Selepas kejayaan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut di London berjaya, Ainul masih menjadi bayi kesayangan Malaysia kerana ramai yang menantikan perkembangan terkininya.

Selepas pulang, Ainul dilaporkan semakin aktif dan membesar dengan baik selepas menginjak umur satu tahun. Semalam, ibunnya, Nurul Erwani telah memuat naik video suaminya bergurau dengan anak sulung mereka itu.

Ainul terlihat sangat comel dan gembira di timang bapanya walaupun masih memakai tiup perubatan di bahagian leher.

alt

Menerusi kapsyen yang dibuat oleh Nurul Erwani, dia memaklumkan bahawa Ainul sangat manja dengan walidnya. Mereka juga kerap bergurau dan Ainul sudah banyak keletahnya.

alt

alt

Sebelum ini, ibu bapa bayi kesayangan semua ini telah diundang ke rancangan Selamat Pagi Malaysia untuk menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan mereka menguruskan seorang anak yang berjuang melawan penyakit.

Mereka sempat menitipkan pesanan serta bagaimana mereka menghadapi detik sukar itu dengan tenang dan sentiasa brtawakal kepada Allah S.W.T tentang kesihatan Ainul.

View this post on Instagram

Boleh rasa down, tapi jangan berputus harap. Jangan terlalu bersedih sehingga kita tak buat apa yang harus kita lakukan. . Meratapi ujian @ masalah yang sedang kita hadapi, tidak akan menyelesaikan masalah. Rezeki ainul kerana telah diviralkan. Jika tidak, masyarakat tidak akan pernah kenal atau mengetahui perit jerih yang ainul lalui. . 8 bulan ainul duduk diam-diam tanpa diketahui orang awam. Saya dan isteri kerap berdoa semoga Allah bukakan jalan. Kami akan usaha cari rawatan untuknya selagi Allah dorong. Dan perkara yang paling saya berharap pada Tuhan adalah jangan jumpakan kami dengan rawatan yang salah atau mensyirikkan Allah swt. . Ketika ainul tidak dikenali, tidak pernah kami berdoa supaya orang awam tahu kisah ainul. Saya secara pribadi pun tidak mahu orang tahu sebab saya rasa jika mahu meraih simpati, diluar sana ada ibu bapa yang lebih susah dan anak mereka diuji dengan penyakit yang lebih dahsyat berbanding ainul. . Tapi siapa saya untuk menidakkannya. . Allah swt tidak pernah terlambat atau tercepat, dia akan berikan segala bantuannya pada waktu yang tepat. . Semasa ainul viral hari pertama, keadaannya memang sudah agak teruk. Berat merosot, pipi sudah mula mencengkuk, lopak matanya sudah mula terbenam, ya siapa yang tengok ketika itu pasti bakal mengalirkan air mata. . Kami pun dah redha. Tapi tetap kami tidak mahu mengalah. Kami berpegang teguh kepada tiada sakit yang tidak dapat diubati melainkan maut. . Ya, ainul pada ketika itu nampak tanda-tandanya yang dia sudah tidak bermaya. TAPI, dalam hati kami tetap yakin jika esok ainul masih bernafas, maka rawatannya masih ada! Usaha. Doa. Tawakal. . Alhamdulillah, rupa-rupanya Allah nak gerakkan hati rakyat malaysia. Sekelip mata shj Allah nak tunjukkan. . Ramai yang hulurkan bantuan. Ramai yang prihatin terhadap anak kami. . Allah swt nak tunjukkan kekuasaanNya bahawa ajal maut, sihat sakit, itu semua milikNya. Makhluk tidak berkuasa, Tapi Allah swt Maha berkuasa. . Jangan berputus asa terhadap Rahmat Allah swt

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...